09 April 2015

Thank You Friso!!

Hari Sabtu hari tu, voucher Friso dah sampai. Gembira bukan main. Sebab memang tertunggu-tunggu. Kawan-kawan lain dah dapat dah. Haruslah akak tak menyabar jugak. Ingatkan Friso post biasa je, masuk dalam mailbox. 2,3 kali akak chehck tau. Tapi tiada. Rupa-rupanya dia pakai courier servis lah. Bagus Friso ni, memastikan semua hadiah sampai kepada pemenang. Dan nasib baik kami ada kat rumah time budak Gdex ni sampai.

Yang dinanti-nanti kini berada depan mata
Voucher valid sampai September 2015. 

Nampak gaya kena pergi segera ni. Eisya pun dah asyik bertanya 'bila kita nak pergi waterpark yang besar tu ibu?' Okay, marilah kita susun jadual ye. Ingat nak pergi cuti 1 Mei tu, tapi nak pergi tempat-tempat macam ni time cuti umum. Serik. Dan sebolehnya akan dielakkan. Sesak sangat selalunya. Lagipun mesti hotel mahal. 

Terima kasih banyak-banyak kat Friso Malaysia sebab anjurkan contest ni. Seronok kami mak-mak ni. Nanti anjurkan lah lagi ye.

*pergi hujung bulan 5 sempena anniversary pun menarik gak ni

3 comments: