Dari bulan lepas aku dalam dilema. Berubah-ubah keputusan aku. Sekejap 'Ya' Kang bila pikir-pikir semula 'eh.. tak payah lah' Berbelah bagi tau. Buat kawan-kawan yang dah tahu, yang dah maklum apa yang susah sangat aku nak buat keputusan.. Tahu lah apa yang menyerabutkan kepala otak aku. Dia senang je actually, kalau dah buat keputusan sekali, patut jangan pikir-pikir lagi. Ni sebab banyak pikir, tu yang kejap gitu, kejap gini.
Apa yang aku serabut sangat memikir??
Aku berkira-kira 'Nak ikut Ekwan gi Jepun ke tidak??' Inilah masalah yang membelenggu akak dari bulan lepas. Hati nak sangat ikut sebab memikirkan 'Bila lagi nak merasa gi Jepun' Tapi bila dianalisis secara mendalam, banyak faktor lain yang perlu diambil kira, yang akhirnya membuat aku rasa baik tak payah ikut. Biar dia pergi sorang je. Antara sebabnya:-
- Ekwan perlu share bila yang company dia provide dengan colleague dia. So, aku tak boleh terbang ke Jepun bersama dia. Aku kena terbang selepas event dia selesai kat sana. 2 hari selepas dia pergi. Tiada penjimatan penginapan akan diperolehi.
- Plan asal nak tinggal Eisya dan Elma. So kos adalah untuk aku sorang. Jimat. Tapi bila dipertimbang secara mendalam, tak sanggup nak tinggal. Sebab kalau tinggalkan, 2 minggu gak kena minta tolong orang jaga. So kalau nak pergi kena angkut budak 2 orang tu jugak.
- Survey lah tiket untuk kami 3 beranak. Return ticket 3 beranak (adds on Hot seat with bassinet, hot seat Eisya, makan, minum) semuanya berjumlah RM2700++ *telan air liur mak kau* Sebab travel ber-3, pembaziran sebab kena amik hot seat. 1 hot seat RM149, untuk aku dengan Eisya je dah RM298. Kalau ada ekwan, tak payah hotseat pun okay.
- Hotel semua mahal-mahal kat Jepun. Kalau pergi memang duduk homestay je lah. Allocate RM1000 kat situ. Tiket train, makan, minum.. Mahu RM1000 lagi kat situ. Paling sikit pun dijangkakan kami akan spend RM6000 kat Jepun. Mulalah sayang duit kan..
- Tarikh perjalanan yang agak kurang sesuai. Pergi 10 hari sebelum raya, dan balik 3 hari sebelum raya. Orang sibuk-sibuk nak raya, kau bercuti kat Jepun kan.. Macam tak sesuai sangat...*alasan biar tak ralat*
- Bulan Julai 2015 adalah musim panas di Jepun. Puasa ketika musim panas adalah sangat panjang. Macam tak best je jalan-jalan time bulan puasa. Jepun best pergi time musim bunga Sakura, dalam bulan Mac ke April. Nothing to lost kalau tak pergi sekarang *lagi alasan pujuk hati*
Setelah dipertimbangkan, aku putuskan 'Tak payah lah ikut Ekwan gi Jepun' Kita duduk je lah diam-diam kat Malaysia tunggu Ekwan balik. Selain sayang duit, sebab bulan November nanti nak gi Hong Kong pulak. Walau trip tu ditaja hampir 80%, banyak jugak duit nak pakai. Kalau takde nak gi Hong Kong, aku redah je kot gi Jepun ni. Aku anggap memang bukan rezeki aku nak gi Jepun buat masa ini. Peluang hanya untuk Ekwan seorang. Rezeki dia. InsyaAllah adalah tu nanti rezeki kami nak ke Jepun anak beranak. Tunggu budak-budak besar sikit mungkin.
*start googling on Hong Kong, buat iterinary dalam usaha melupakan Jepun
Alahh, yang penting raya nanti dapat beraya bersama Ekwan dan ahli keluarga Dayu. Lagi penting, duit nam ribu tu boleh shopping baju raya double E dan maknya bagi letops2. * tolong sedapkan hati dayu ;)
ReplyDeleteTakpe aaa. Bagi ekwan ushar dulu Japun camana. Hapal selok belok tempat , transportation & such, lepas tu, selamba ah ko suruh dia jadik tourist guide. Open bawak kawan2 sekali. heeee
ReplyDeleteBTW, aku dah up entry Windows Live Writer. Hope it will helps.
takpe dayu....nanti nak p hongkong kan...balas dendam terbaik punyee.....
ReplyDeletesedeyyy nya xpi jepun. xpe lah dayu... tunggu aku blk m'sia. nanti wat obersea trip dgn skirts & boxers jom!!
ReplyDelete