11 June 2015

Chacha Arachi

Hahaha.. Aku memang suka tukar nama anak. Eisya ni memang macam-macam nama ada. Nasiblah dia tak confuse dan masih tahu nama dia adalah Eisya Elyssa. Bila dah besar sikit ni, kalau aku panggil dia ikut suka aku, mulalah dia marah 'Nape ibu suka panggil nama Chacha bahasa cina?' Hahaha.. Arachi tu lebih bunyi ke Jepun lah Eisya, mana ada cina. Elma pun aku sukahati je panggil 'Mama Miama' Ekwan punyalah menyampah bila aku panggil Elma gitu. Tapi budak tu macam galak je tiap kali aku panggil gitu. Seronok bukan main.

Alhamdullilah. Eisya dah kenal ABC, dah boleh menulis dengan elok. Bagi perhatian intensif 2,3 bulan. Nampak hasilnya. Kalau tak dulu, aku yang tension setiap kali buat kerja rumah dengan dia. Sekarang aku tengah fokus nak ajar dia membaca. Aku berharap sangat, tahun hadapan dia dah boleh membaca. Suku kata tu Eisya dapat dah. Pandai lah dia bunyi kan.. Kadang-kadang, dia duduk-duduk baca buku sendiri. Pastu menjerit 'Elma..janganlah..putuslah buku kakak' Penggunaan kosa kata masih terabur. Buat ibu abah gelak je selalu.

Aku rasa antara sebab Eisya rajin nak belajar sebab kawan-kawan kat sekolah semua dah pandai, kenal huruf. Tak nak kena marah dengan cikgu, tu bila aku ajar, dia fokus. Awal tahun hari tu, nak tulis nama sendiri pun tak pandai. Sedih aku tengok buku dia.

Kakak. Pagi sebelum pergi sekolah. Sempat lagi menulis. Rajin dia ni. Mak dia je kadang malas nak melayan. 


aku ajar Eisya guna buku ni. buku tadika lama dia. tadika sekarang pakai 'Bacalah Anakku
dan sekarang kat buku no.5

Nombor pun dah kenal sampai 100. Alhamdullilah.. Tapi in english. Sebut bahasa melayu dia blur, siap dia tanya 'Enam tu bahasa inggeris dia apa ibu?' Adeeihhh.. Tapi kalau cakap 'Tuliskan ibu nombor seventy three' Pandai pulak dia. Dan baru-baru ni aku belikan felt sticker nombor, seronok lah dia dok menampal-nampal nombor yang aku request. Yang tak seronoknya, mak dia ni. Habis bersepah kertas sticker serata rumah. Belum lagi Elma datang buat terabur. Nak lagi best, dia makan benda tu. Tahu-tahu si kakak menjerit 'Ibu.. Elma makan nombor Chacha

Bila setiap kali lepas dia tampal satu nombor dan betul dan aku puji beriya. Makin bersemangat dia, terus 'Ibu nak nombor apa lagi??' Habis dah sticker ni, kena gi MrDIY lah restock.

Rasa kena upgrade aktiviti book sedia ada. Sebab yang ada kebanyakannya adalah untuk bagi dia kenal nombor dan huruf. Banyak pulak tu aku beli. Biasalah, akak kan over. Under estimate dengan kemampuan anak, ajar sekejap je.. Dah tercapai misi, bila suruh dia buat gak buku-buku lama tu nampaklah dia cepat bosan. Huhuhu..Okaylah, ibu simpan untuk Elma.

2,3 minggu ni weekend asyik berjalan je. Kurang lah aktiviti belajar Eisya bersama ibu yang garang. Huhu.. Aku memang garang kalau ajar dia. Kecut-kecut perut budak tu. Nanti bila dah tutup buku dia akan kata 'ibu ni ajar Chacha garang macam teacher Rina lah' Yelah, tak garang awak main-main, tahu tapi buat-buat tak tahu. Haruslah mak kau naik hantu. Paling best sekarang ni, kalau aku tinggi suara skit, si Elma pun join sama. Macam seronok pulak dia dapat join marah kakak. Boleh tahan si kecik tu. Yes, aku tahu, tak elok garang-garang kalau mengajar anak.. Tapi tak garang dia tak fokus.. Takpe, akak try lah kawal sikit.

Eh.. Apa kata share experience ajar anak baca in english.. Akak macam tak reti nak start macamana.

No comments:

Post a Comment