27 August 2015

ILM Arts Festival - Largest Gathering of Muslim Talents in the World


Event bertaraf antarabangsa yang semua patut pergi. Patut pergi sebab inilah masanya nak bertemu dan mendengar sendiri pengalaman daripada mereka-mereka yang telah berjaya. Berjaya dalam bidang masing-masing. Dan yang paling menarik, kejayaan mereka itu lagi indah sebab diiringi dengan rasa kepercayaan dan kecintaan terhadap agama. Bukan senang nak dapat peluang orang kongsi kisah kejayaan ni. 

ILM Arts Festival mengumpulkan kesemua 30 artis dari seluruh dunia. Diulangi SELURUH DUNIA, dari pelbagai bidang. Ada Pelawak, Artis Nasyid, Penyair, Grafiti Artis, Qari, Photographer, Designer, Penulis dan juga Film-Maker. Maka, ILM Arts Festival ni adalah festival yang bertaraf antarabangsa. Iman bertemu kreativiti. Itu keyword ILM Arts Festivals. Di zaman, remaja dan belia semakin tersasar dengan macam-macam jenis masalah sosial, dengan adanya majlis seperti ILM Arts Festival, diharap dapatlah memberi inspirasi kepada mereka. Cara terbaik dan selalunya berkesan bila nak approach golongan muda ni selalunya melalui seni. Inspired through art katanya.

ILM Arts Festival meraikan Perpaduan, Kepelbagaian, Keimanan dan Kreativiti semua dalam satu event!!

Siapa artis dan personaliti antarabangsa yang akan ada di ILM Art Festival ni nanti?? Meh akak tunjuk kan. Honestly, akak sendiri tak berapa kenal semua ni. Yang akak kenal Mizz Nina dengan Altimet je. Yes, mereka mereka berdua antara 2 artis tempatan yang akan turut serta dalam event ni. Tapi ramai lagi selebriti lain yang akan turut hadir dalam festival ni. Tapi yang aku terasa nak sangat dengar experience derang adalah Peter Sanders, Peter Gould dan Jordan Ritcher. Yelah, nak dengar sendiri macamana Islam datang dan inspired hidup derang.

Dan sebagai wanita, teruja jugak aku nak jumpa dengan Safina Sajid, Hannah Habibi tu. Kita ni ada masanya perlu disajikan dengan kisah kejayaan orang lain, baru tersedar sikit. Sebab tu, bila ada kesempatan dan peluang, memang kena attend event-event macam ni. Baru terbukak sikit mata hati semua.


Untuk senarai penuh dan brief introduction pasal personaliti lain yang terlibat, boleh refer kat link bawah ni:-



ILM Art Festival.

Kalau ada masa lapang, marilah sama-sama luangkan masa ke ILM Arts Festival 30 OGOS 2015 di Stadium Malawati, Shah Alam. Acara bermula jam 11.30am hingga ke 10 malam. Tiket boleh dibeli bermula dengan harga RM55. Pelbagai acara menarik, it's a family event. Selain dripada main stage event, ada jugak performance art, live grafiti show, aksi papan luncur dari Jordan Ritcher dan Joe Ipoh. Dan paling best, dapat tambah ilmu dan dapatkan inspirasi dari personaliti-personaliti ni semua.

Ni nak bagitau good news, Harian Metro selaku one of sponsor of ILM Arts Festival akan memberikan 300 TIKET PERCUMA kepada pembaca setianya untuk menghadiri festival ini. How?? Mudah je. Kumpulkan 5, 10 atau 15 keping kepala akhbar Harian Metro antara 19 Ogos hingga 28 Ogos 2015 dan tukarkan ke tiket pilihan anda!! Gi beli Harian Metro sekarang.

For more details about ILM Arts Festival:

Twitter: https://twitter.com/ilmartsfestival

DAPATKAN TIKET ANDA HARI INI. JUMPA DI SANA AHAD INI!!
Nak beli tiket kat mana?? Layari: www.ilmartsfestival.com



No comments:

Post a Comment