Petang raya ke-2, gerak balik JB dah. Ya Allah punyalah drama nak bawak Eisya masuk kereta. Dia tak nak ikut balik JB kau. Selamba je salam, lambai-lambai tangan kat aku ngan Ekwan. Kitaorg gerak pun dia selamba je. Tengah syok main, lupa diri lah tu. Lupa yang dia tu malam-malam nak tidur celah ketiak ibu abah. Suruh tidur sebelah kawan dengan sepupu tak mahu, nak ibu abah gak. Lagi ada hati nak tinggal kat kampung. Malam-malam kang melalak.. Padan muka..
Terpaksalah aku guna kaedah menipu nak bawak dia masuk kereta, tak larat nak guna kaedah paksaan. Nak melayan dia meronta-ronta, cuba nak terjun keluar dari kereta. Bahaya. Terpaksa lah tipu. Aku kata kat dia 'Eisya, jom ikut ibu. Ibu nak gi amik tiket nak gi Hong Kong ni. Nak ikut tak?' Dengar kata nak gi Hong Kong, terus laju. Tinggal terus kawan-kawan. Huhuhu.. Tapi merasalah sepanjang perjalanan dari Pahang ke Johor dia asyik tanya 'Kat mana nak tiket Hong Kong tu ibu?' Pastu kang tanya lagi 'Tiket Hong Kong kat rumah opah ke ibu?' Anak dah besar, dah bijak.. Kau ingat senang nak menipu dia. Last-last aku jawab je 'Orang tu kata tiket Hong Kong tak siap lagi lah Cha, tak boleh gi amik lagi' Nasib dia percaya kata-kata mak dia ni dan takde soalan susulan. Kalau tak, banyak aku nak kena minta maaf kat dia sebab asyik menipu je kejenya. Huhuhu...
Sampai JB tengah malam, budak-budak segar semula sebab dah tidur almost perjalanan. Aku pass kat mak aku, aku tidur. Hahaha..
Kat JB pun tak berjalan sangat sebab mostly smua masih belum pulang ke rumah masing-masing. Raya ke-3 tu duduk rehat kat rumah je lah. Malam baru gi beraya. Duduk melepek je kat rumah, rasa macam tak rayalah pulak kan. Raya ke-4 baru plan beraya ke rumah pakcik-pakcik yang berdekatan.
Jom kita gi beraya. Merah lipstick anak aku.
Budak ni memang pantang di'offer bab mekap. Memang dia tadah muka terus. Dapat pulak mokde dia rajin melayan, gembira sangat dia dpt bibir merah menyala gitu.
Rumah Pak Long memang masuk list wajib pergi setiap tahun. Tahun ni Pak Long jamu kitaorang sup kambing. Terus niat konon tak nak makan banyak malam tu terkubur begitu sahaja.
Dari rumah Pak Long ke Ruma Pokde. Pukul 12 tengah malam sampai. Hahaha... Raya sakan. Nasib anak-anak aku tak mengamuk. Redho je layan mak ayah beraya. Eisya siap tertidur dah hah.. Elma tu menunggu masa je tu. Tapi bila nak balik Eisya terjaga, siap cakap nak main bunga api dengan Kakak Nuha. Sorry lah ye, tak dapat ibu nak penuhi permintaan awak.
Sesi beraya dengan sepupu dan pakcik makcik ni memang beginilah setiap tahun. Memang berlarutan ke tengah malam. Jarang dapat jumpa, banyak isu nak dibincangkan. Lagi-lagi bila ada isu hot. Aku sebagai anak sedara haruslah menyibuk sesambil ambik tahu. Nasib rumah sedara, boleh lah beraya sampai ke tengah malam. Hadap sebalang kuih sampai licin pun tak kena marah, siap tuan rumah refill lagi. Hahaha..
Untung ada peluang beraya macam ni.
Untung ada peluang beraya macam ni.
Seronok ah raya sampai malam. Aku ni farid tu x rajin nak gi beraya kena paksa pun tak dapat. Huhu
ReplyDelete