17 December 2012

Nak cun punya pasal

Ada masanya bukan berat badan yang jadik masalah. Memang angka tu banyak tapi ok je. Memang la macam mampu buat nangis tapi boleh je terima selagi ada figure. Tapi yang makin geram adalah bila berat macam hilang sekilo 2 tapi bentuk tetap sama. Geram. Aku akui aku ok je dengan berat aku, tapi yang buat aku tak selesa ialah bentuk peha dengan punggung aku ni. Entah bilalah agaknya dia melebar sesuka hati. Rasa macam besar bebenor pulak.

Kebesaran itu membuat aku stress, sebab bila amik gambar berdiri selalu rasa macam 'argghhh!!'

Google punya google, jumpa dengan beberapa kaedah senaman untuk mengecilkan segala benda yang besar kat badan ni. Wahh!! Suka.. suka. Tinggal rajin dengan malas je nak buat. Sambil berusaha membakar lemak di atas cross trainer, aku rasa aku perlu juga berusaha guna kaedah konvensional ni. Usaha kena berlipat ganda ok. Beauty is pain!!

Mari kita mulaka hari ni dengan peha. Esok-esok kita buat bahagian lain.

Cara/Senaman Mengecilkan Peha

Langkah 1
1. Sandarkan badan ke dinding. Pastikan kepala, belakang dan punggung betul-betul rapat ke dinding. Jarak posisi kaki lebih kurang 18inch ke dinding. Turunkan badan ke bawah sehingga kita berposisi seperti kerusi. Pastikan kaki tak bergerak, tahan lebih kurang 30 saat. Kembali ke posisi asal, Ulang selama 5 minit.


Langkah 2

1. Carik tangga, berdiri sebelah tangga. Silangkan kaki kiri dan letak di atas satu anak tangga seperti dalam gambar.


2. Naik tangga dengan menggunakan kaki kiri sehingga kaki kanan terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal. Lakukan selama 5 minit. Pastu tukar kaki kanan pula -aku tak bape paham step ni sebenarnya-



Langkah 3: 

1. Berdiri tenang sambil meletakkan kedua-dua tangan di pinggang. Ambil langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri sehingga peha kiri kita mendatar. Pastikan lutut kiri tidak melebihi kaki kiri. Kaki kanan pula dalam posisi bengkok sedikit. Pastikan badan tegak. Kembali ke posisi asal. Ulang 5 minit. Pastu ulang dengan kaki kanan.


Tengok, baca macam senang, macam mampu buat. Tapi kasik try tengok, mesti termengah-mengah carik nafas nak tahan peha berat tu macam gambar kat step 1 ngan 3. Badan dah berat, mesti tak larat nak tahan badan lama-lama macam tu. Model ni memang la selamba, badan dia ringan. Tapi takpe, nak mula memang seksa. Nanti dah lama-lama biasa lah, selamba je 15minit tu. Balik ni try.

Punyalah ramai org ada masalah lemak kat peha ngan bontot sampai digelar 'Stubborn Trouble Zones' Tapi apa-apa pun kena hilangkan lemak seluruh badan juga, sebab memang tak senaman yang spesifik untuk area tertentu. Makan tetap kena jaga. Arrghhh!! Memang seksa.

Nah, lagi bahan pembacaan untuk lebih gigih: aku dah tolong google ni.
1. How to lose your thighs and butt fast
2. Sila google kaedah-kaedah yang bernama: Harmstring curls, glute bridges, standing calf dan leg extension pastu buat, jangan google sesaje *pesanan untuk diri sendiri*

Sumber: Cara-cara Kuruskan Badan dengan Mudah - mudah katanya kau.


4 comments:

  1. mmg itu la masalah bsr kite kan
    montot n peha, klu x, senang je nk cari jeans, hohohoh..
    klu rajen buat, apede hal kan
    nak seribu daya,
    xjd beli CT la gni, hahahaha

    ReplyDelete
  2. kalau peha dayu besar..peha elly lagiiiiiiiiiii besar..hihih bila la nak ada kerajinan wat senaman mcm nie..huhuhu

    ReplyDelete
  3. aku suka entri ni sebelum ni pun aku dpt sumber gugel yg sama aku pun stress bila tgk baha dan punggung aku melebar. stress weiiii

    ReplyDelete
  4. entah camne la peha ni boleh besar sesangat macam ni.. geram aku..

    ReplyDelete