18 December 2012

Sherperd Pie & Tribal Shawl

Senang. Simple dan sangat mudah disediakan. dah lah sedap. Makan berulang-ulang, tahu-tahu 'eh, dah habis seloyang??' Serius, memang sangat sedap. Rasa nak buat stok banyak-banyak, simpan dalam peti, bila teringin masuk je oven bakar kejap. Terima kasih kepada Mekna yang memperkenalkan Sherperd Pie ni. Memang laki aku bakal makan sherperd pie ni berkali-kali la jawabnya. Dah la aku dah restock daging cincang ngan kentang. Hahaha.. tapi dia macam tak bape gemar je. Eisya pun makan mashed potato je, bila ngan daging dia tak suka.

Pedulilah.. tekak aku kan selalu diutamakan.

-Sherperd Pie-
Enak. Sedap. Makan pasti bertambah. Pastu menyesal amik karbo menimbun-nimbun.

Sebelum orang mintak, aku tempeklah resipi untuk korang try nanti. Cuba tau, senang je.

Sherperd Pie

Mashed Potato:
- Rebus kentang yang dipotong dadu. Kemudian lenyekkan bersama lada sulah, black pepper, sedikit garam dan fresh milk. (bahan-bahan sesedap rasa)

Inti Daging:
- Tumis bawang besar yang dipotong dadu, kemudian masukkan daging cincang. Kemudian masukkan black pepper, lada sulah dan sos spaghetti. Gaul sampai daging masak. Boleh juga nak masukkan cendawan butang, tapi takde pun dah sedap.

Lapiskan loyang dengan mashed potato, pastu isi inti daging kemudian tutup semula dengan mashed potato. Paham? Taburlah cheese kat atas sebagai topping, takde pun takpe. Takde cheese pun dah sedap. Pastu bakar suhu 190 selama 20 minit. Senang kan.

Boleh tak nak menyelit sekeping gambar tukang masak. Boleh lah eh.. Sebenarnya nak tayang shawl baru beli Jumaat lepas. Lawa shawl ni. Kan sekarang semua tengah kemaruk ngan tribal pattern ni. Shawl pun harus lah nak tribal gak. Shawl ni aku beli dari Nurul. Aku suka, material dia cotton kan. Lagi senang nak dibentuk, dengar kata sungguh.

Ada beberapa kaler lagi, nak tau lebih lanjut refer kat blog Nurul.

Cocoa Pink Tribal Shawl bersama Dayu yang bulat.
*suka tgk muka sendiri, sekarang nak upload gambar tak payah nak edit-edit..syukur*


5 comments:

  1. nk try wat sheperd pie mlm ni.tghari kang carik bahan kt giant plaza malasam

    ReplyDelete
  2. wahhhh mcm menarik je. hoi ko pakai shawl tu cantik dan kemas tak tipu wei

    ReplyDelete
  3. ala daging dah ada cuma kentangnya dah jadi rezeki cik tong...baru nak buat2 masak dah busuk rupanya...hhuhu

    ReplyDelete
  4. Cantik shawl. Jom singgah :) alhedrahboutique.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Hi dear,

    Feel free to visit our online blog shop.

    New wide tribal with Ferris Wheel pattern is now available.

    Visit http://chocolatestrawberryhijabs.blogspot.com/2013/03/chocolate-hijabs-wide-pattern-shawl.html for more info.

    Have a nice day. Tq. :)

    ReplyDelete