04 December 2012

Rambut

Eisya sejak lahir memiliki rambut yang agak lebat. Masa dalam pantang lah agak jarang. Bila makin membesar, rambut dia pun makin lebat. Dulu lambat jugak nak tunggu rambut dia panjang, beriya aku rajin sapu minyak baby johnson tu, nak rambut anak cepat panjang. Bila dah setahun lebih, rambut Eisya dah mencapai kepanjangan yang mana aku dah boleh toncang rambut dia. Suka..seronok boleh main ikat-ikat rambut anak. Tapi bila rambut dah makin panjang dan dia mula buat perangai tak kasik aku ikat rambut dia, aku geram. Aku pulak yang rimas tengok rambut dia terkepit-kepit celak ketiak. Rambut tutup-tutup mata. Dia rileks je, mak dia yang rimas.

Sekarang rambut dia makin panjang dan makin serabut. Aku dah tak larat nak tengok. Aku usulkan kat abah dia, nak gi potong rambut anak dara dia tu. Abah dia 'Jom!!' Hahaha..nampak sangat abah dia pun dah sakit mata tengok rambut anak panjang mengurai tak tentu hala.

Eisya tak pernah gunting rambut kat kedai. Rambut dia yang pernah dipotong hanya di bahagian hadapan. Tu pun mak ayah dia yang potong sampai senegt benget. Tepi, bawah semua tak pernah kena ptong. Rambut asal dari dalam perut. Sebab masa dalam pantang pun aku tak cukur rambut dia. Sayang konon. Maka, aku menjangkakan yang macam-macam aksi di dalam kedai rambut. Adakah tukang gunting rambut itu akan kena lepuk dengan Eisya?? Adakah dia akan bangun berdiri atas kerusi sambil cekak pinggang dan jerit 'janganlah wat rambut chacha!!' Anak aku garang ok.

Niat di hati nak gi gunting weekend hari tu, tapi dia boleh tidur la pulak. Kenalah tangguh. Dan hari ni aku akan pastikan misi ni berjaya.

budak rambut serabut. rambut masuk mulut, masuk dalam mata dia buat selamba je.

*mak nak gunting style gini, bapak lak suruh gunting gitu. kau tengok je lah nanti apa jadik kat rambut Eisya. apalah, style rambut anak pun nak berebut.

8 comments:

  1. rambut mya yg kerinting tu pon dh panjang.serabai hahaha.papa nya pulak syg nk potong rambut anak alahaii

    ReplyDelete
  2. aku pun ada masalah yang sama kadang2. tapi memang kena pujuk kaw2 tiap kali nak keluar berjalan aku selalu saiko Raina cakap kalu tak nak ikat rambut Raina duduk rumah tak payah ikut jalan2. Nak pergi Ikea tak? Bila dia dengar perkataan Ikea tu lajulah dia duduk menghadap aku time tu senang sikit nak ikat rambut dia

    ReplyDelete
  3. rasenye potong kat kedai ok kot dayu...
    qaseh klu aku potong rambut die, die mmg marah menangis2 sampai senget benget aku keje kan rambut...
    tapi dulu penah sekali aku try bawak gunting kat kedai...die diam je...
    tak tau lah sama ada die takut atau pasrah ataupon teruja...hahaha

    nnt dah gunting jgn lupe story ye....

    ReplyDelete
  4. aku jugak mengharapkan eisya akan duduk diam time gunting rambut nanti. minta2 dia lebih teruja dari fobia.

    kalau pikir sayang, memang sayang nak gunting rambut dia. tapi aku dah rimas. tak tahan.. maka, mehlah kita gunting rambut ye Eisya.

    ReplyDelete
  5. aleeya pun daku potongkan rambutnya sebab berserabut.... potong lurus je... hehehe nampa kemas sikit... sayang memang la sayang....

    ReplyDelete
  6. kayrul pun kes yg sama gak macam haikal...takut nak gunting kat kedai, takut rambut kena bebird dia...mujur la sampai kedai dia ok jer

    ReplyDelete
  7. biasalah kan.bebudak..abih cane? berjaya ke tak potong rambut kat kedai? hehe

    http://aizatbest.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. misi belum terlaksana. tertangguh kerana menjayakan misi untuk ibu.
    kita tgk malam ni, berjaya ke tak..

    ReplyDelete