05 February 2015

Bubur untuk Elma - 8 bulan

Bila Elma 8 bulan lebih memang aku dah kenalkan protein kat dia. Makanan untuk dia lagi variasi. Macam lagi menarik, macam lagi sedap. Alhamdullilah, dia makan je apa ibu dia suap. Kena dengan selera dia, senang je aku bagi dia makan. Habis semangkuk. Kalau kena yang dia tak berapa gemar macam brokoli, jenuh gak lah. Alhamdullilah, aku masih dikurniakan kegigihan untuk bangun setiap pagi memasak untuk dia. Kalau difikir-fikir, aku pun macam tak percaya aku boleh rajin bangun setiap pagi masak bubur untuk dia. Demi anak kot, aku gigih terlebih.

Dan terasa nak kumpulkan semua resepi makanan dan bubur yang aku sediakan untuk Elma sepanjang dia umur 7-9 bulan ni. Manalah tahu bermanfaat untuk orang lain.

Menu : Pasta

1. Corny Chicken Spaghetti
- spaghetti + ayam + jagung + tomato
- sedikit cheese

Cara:
- Tumis bawang putih, bawang merah dengan minyak zaitun. Bila naik bau, masukkan ayam.
- Masukkan sphaghetti yang dah direbus. Masukkan jagung. Tambah sedikit tomato dan cheese.
- Blend kasar.


2. Cheesy Creamy Chicken Pasta
- macaroni + lobak + kentang + susu +cheese

Cara:
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia. Masukkan ayam, lobak dan kentang.
- Masukkan macaroni yang dah direbus
- Masukkan EBM/susu tepung yang dah dibancuh
- Kisar kasar




Menu : Bubur Nasi

 1. Bubur Nasi Ayam Bayam
- Bubur nasi + ayam + bayam
2. Bubur Nasi Ayam Bayam dan Lobak











 3. Bubur Nasi Ayam Carrot Kentang
4. Bubur Nasi Kacang Peas + Jagung
    - ni aku letak ikan bilis je ni. sebab stok isi ayam dah habis.










Eh, ni je gambar yang ada? Bukan aku asal siap masak je amik gambar ke? Hahaha... Banyaklah, aku takdelah kemaruk, takde lah aku asyik angkut handphone ke dapur. Amik gambar kalau buat menu baru je. Setakat ni menu Elma memang based utama dia beras dengan pasta je. Dan Elma memang tekak anak melayu. Pasta-pasta tak layan sangat. Nak nasik je. Suka hati lah dik. Dan selalunya, aku memang sediakan makanan dia cukup untuk 3 kali makan. Breakfast, lunch ngan dinner. Menu yang sama. Tak rajin pulak mak nak buat menu lain untuk breakfast. Tapi selalunya weekend memang aku bagi dia oat je untuk breakfast sebab mak malas nak bangun pukul 5 pagi buat bubur. Oat campur buah, ibu pun tumpang semangkuk.

Aku nak kena carik menu baru ni, dan mungkin cara memasak yang lain pulak. Nak try panggang dulu ayam atau bakar dulu ikan, baru masukkan dalam bubur. Elma ni cepat jemu. Kena kreatif sikit nak pikat selera makan dia. 

Kalau ada resepi menarik, meh lah share. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak, sheila kalau weekdays bagi frozen puree kat adam. ingat lepas ni nak try bangun awal untuk masak fresh bubur dia. hehehe wahhh terliur tengok makanan elma..

    ReplyDelete