12 February 2015

#MOMAZING moments by Scott’s® Malaysia

*Sticky Post for 48 hours*


Entry dimulakan dengan sekeping gambar kami anak-beranak bersize extra large. Eisya dan Elma, 2 anugerah terindah pernah aku miliki. Hadiah paling istimewa dalam hidup. Terasa sempurna hidup ni. Bangga bila boleh mengaku 'I'm a mother of 2 adorable gilrs!!' Yeay, kalau tak aku kata anak aku adorable, siapa lagi kan. Tapi anak-anak aku memang comel apa, macam ibu dia. 

Aku jadik ibu masa umur 27 tahun, tak terlalu muda. Tapi semua benda yang kau lalui pertama kali, cabaran dia lain macam okay. Aku akui aku struggle jugak awal-awal tu. Melalui fasa 44 hari berpantang lah paling aku seriau. Lepas tu bila teringat-ingat kisah kat labour room, lagi lah cuak. Terus rasa tak nak beranak lagi *rasa je lah* Dengan nak hadap kerenah dia yang waktu siang tidur sepanjang hari, malam berjaga. Kalau tidur pun nak berpangku, kau letak. Tak sampai 5 minit dia jaga. Dah serupa zombie aku time tu. Tapi mak aku kata 'just enjoy it!!' *tapi mak aku cakap bhs melayu lah, tu kira aku interpret je tu* Biar betul mak aku ni, dia kata 'nanti bila anak dah besar, kau confirm rindu smua ni' And she totally right!!

Dan bila aku berpeluang turut serta dalam pelancaran kempen #MOMAZING dari Scott’s® Malaysia 29 Januari lepas. Bila tengok video yang ditayangkan. Rasa nak mengalir airmata okay tapi tahan sebab segan. Terus teringat semua achievement pertama Eisya. Terbayang semua #MOMAZING moments yang aku dah lalui bersama Eisya dan Elma. Tapi dengan Eisya lah paling banyak. Dah 5 tahun dengan dia kan. 

Meh aku share video #MOMAZING dari Scott’s®  ni. Siap sedialah untuk panas biji mata.


#MOMAZING ni adalah kempen dari Scott’s®, dan GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK CH) dalam misi mencari #MOMAZING moment yang paling indah, paling baik dan paling menyentuh hati dari semua ibu-ibu di Malaysia. Thanks to GSK CH dan Scott’s® sebab percaya ibulah insan yang paling penting dalam kehidupan anak-anak. Aku rasa mak mana je kat Malaysia ni tak kenal Scott’s® ni. Aku rasa dalam rumah mesti ada Scott’s® Emulsion. Setuju tak??

Scott’s® Emulsion ni mempunyai rumusan natural cod liver oil yang membantu perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak. Antaranya ialah Vitamin A untuk memastikan imunisasi anak-anak terjaga. Vitamin D untuk tumbesaran tulang dan Omega-3 DHA untuk membantu perkembangan otak. Hanya sesudu penuh Scott’s® Emulsion setiap hari dapat membantu anak membesar dengan sihat dan cerdas. Bagus bukan?

Apa tu #MOMAZING moments?? Momazing ialah saat menakjubkan apabila anda melihat pencapaian anak anda buat pertama kali. Nak senang citer meh aku share antara #MOMAZING moment aku dan Eisya.

#Momazing... sweet memory we have with our children.. 

Masa tu Eisya dah 3 bulan lebih, nak masuk 4 bulan dah. Dia dah meniarap tapi tak menyusur lagi. Ekwan belikan dia kereta mainan yang boleh bergerak-gerak dengan lagu dan lampu lip-lap. Bila pasang je kereta tu depan dia, terus laju dia kejar kereta tu. Ya Allah, punyalah teruja aku laki bini time tu. Mengelupur memasing carik handphone nak rakam aksi dia.  Hanya mak bapak yang merasa semua tu yang akan paham perasaan tu. Tak boleh nak kata. Nak mengalir air mata pun iye. Hati mak-mak memang lembik okay. Lagi lembik dari kertas tisu. Kemudian bila dia mula bercakap, sekali lagi aku lalui #MOMAZING yang terindah. Perkataan pertama Eisya yang sangat jelas dan semua orang paham adalah 'Nak' Masa tu umur dia setahun 2 bulan. Excited okay... Asal tak bagi apa-apa, mesti melalak sambil menjerit 'Nak!! Nak!!' Dari kecik dah kuat drama Eisya ni. 

Dan aku tak kan lupa hari ibu tahun 2011. Pagi tu aku berangan, bangun-bangun tidur pagi tu Eisya datang cium aku bertalu-talu sambil ucap 'Ibu, happy Mother's Day!!' Giler berangan, anak baru setahun sebulan nak ucap macam tu. Dia datang golek-golek atas katil dengan aku pun dah rasa sweet semacam. Pagi tu aku ingat lagi, aku bangun turun katil nak gi buat breakfast, aku letak dia kat depan TV. Tetiba aku tengok dia bangun, pastu terkedek-kedek melangkah nak ikut aku. Wahhhh!!! Terus aku jerit panggil Ekwan yang tengah sedap lagi tidur dalam bilik bagitau anak dia dah boleh jalan. Terus terduduk Eisya, Terperanjat la tu. Mesti pelik dia, kenapa ibu dia excited semacam. Ibu excited Cha. Ini adalah #MOMAZING moment yang ibu lalui bersama awak!! Thanks sayang!! Thanks sebab buat ibu rasa ibulah wanita paling bertuah dalam dunia ni.

Eisya 1st Snorkell at Pulau Pangkor 

Kali pertama pandai kayuh basikal masa raya tahun lepas. Kalau tak selama ni basikal tu dia tolak je.

Dah paham apa itu #MOMAZING moments?? Apa tunggu lagi, marilah sama-sama sertai dan meriahkan kempen #MOMAZING Scott’s® ini. Mak-mak seluruh Malaysia patut turut serta sebab aku percaya semua pasti ada #MOMAZING moments dengan anak-anak yang tak kan dilupakan. So, marilah sama-sama kongsi moment tersebut dengan ibu-ibu yang lain. Bukan share sesaje okay, berpeluang dapat hadiah lagi. Hadiah pun bukan cikai-cikai. Tajaan percutian ke Legoland untuk 4 orang okay. Menarik?? Terpikat?? Apa lagi, mari lah join. Tak susah. Senang sangat. 3 langkah mudah untuk melayakkan diri anda memenagi 4 tiket ke Legoland tajaan Scott’s® Malaysia:
  1. Amik gambar atau video saat #MOMAZING anda. Pastu upload ke Facebook, Twitter atau Instagram. Jangan lupa hashtag #Momazing dan #ScottsMY. Meh aku bagi idea nak submit gambar apa.. Amik lah gambar 1st crawl anak korang ke.. Gambar dia lukis muka korang, walau muka ibu dah macam muka angry bird, tetap teruja kan..
  2. Lepas tu sahkan penyertaan kat Facebook Scott’s® Malaysia. Direct Message semua maklumat yang diperlukan macam dalam gambar kat bawah tu.


Tarikh untuk korang submit gambar adalah bermula pada 1-2-2015 hingga 27-2-2015. Kemudian Scott’s® akan shortlist kan #MOMAZING terbaik bagi mereka dan undian pun bermula. 10 penyertaan dengan undian tertinggi akan dianugerahkan 'Malaysia Best Momazing Moments'. Maka tunggu apa lagi. Pastikan kamera sentiasa di tangan. Asal rasa #MOMAZING je dengan anak, amik gambar dan submit.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen #Momazing dari #Scott'sMY ni, boleh refer terus ke:-

3 comments: