Seronok sangat. Bila bagitau Jumaat nak bawak dia gi office, excited macam apa. Siap packing macam-macam dalam bag. Buku, color, botol air, mainan..toys 2,3 ketul. Sebenarnya hari Jumaat tu nak bawak dia gi PPUM, check telinga dia. Dah alang-alang tu bawak je lah gi opis terus. Tak kuasa nak patah balik hantar dia ke USJ. Lagipun mesti separuh hari kat PPUM tu. Dari pagi sepanjang masa asyik tanya 'bila kita nak gi opis ibu ni?' Lagi-lagi lepas kena bersihkan telinga dengan doktor, lagilah tak menyabar.
Apalah yang suka sangat nak gi opis budak-budak ni kan.. bukan nyer ada playland ke apa.. Seronok nak buat sepah lah tu. Yang tak tahan dia boleh cakap 'kita tak payah bawak elma eh ibu' Hahaha..Kedekut. Risau adik kacau dia lah tu. Sekarang kan Elma memang keje mengusik Eisya je. Apa Eisya pegang, mesti Elma nak. Tak bagi dia menangis. Eisya memang tidaklah mengalah dengan adik dia. Kenalah aku bagi Elma benda lain. Tu pun menjeling-jeling je si kecik tu kat kakak dia. Elma ni garang sungguh.
muka excited nak gi opis ibu.
nasib colleague ibu cuti bersalin, dapatlah merasa 'buat work' kat meja sendiri. bukan main suka lagi. bagi pen, bagi kertas.. beriya sungguh. gaya macam buat keje sangat. pada hal..menconteng je lebih
lepas tu gi kacau aunty ejja. nasib aunty free, rajinlah dia layan awak mewarna.
Hari Sabtu pun aku datang opis semula. Tetiba terlupa ada benda pending tak buat lagi. Isnin nak cuti. Kenalah datang opis. Datang sekeluarga. Bertambah seronoklah Eisya dapat datang opis ibu lagi. Alahaii, oklah. Ibu cuba lah sekali dalam sebulan bawak awak datang opis. Bila-bila yang ibu free, takde keje sangat. Bolehlah nak ikut. Tapi next time, kena buat keje bermanfaat sikit. Ni kejenya tegur semua orang, duduk menempel tepi orang. Eisya.. Eisya..
Bila nak balik tu reti pulak dia tanya 'ibu, bos ibu tak marah ke Chacha datang opis ibu?' Hahaha..bos ibu takde Cha, kalau dia ada memang ibu letak awak bawah meja, duduk diam-diam. Tak merasa lah nak mengukur segenap ruang opis ibu..
No comments:
Post a Comment