04 April 2014

Nafsu namanya ni.

Menjadi perempuan ni, macam dah sebati dengan keinginan ber'shopping kan. Jangan marah lah kalau tengok dia asyik membeli je. Normal tu. Kalau takde nafsu membeli, tu yang kena jaga-jaga. Macam abnormal pulak kalau perempuan tak tergoda bab membeli ni. Bila dah jadik isteri, jadik mak..macam makin menjadi-jadi keinginan membeli tu. Dulu masa bujang, giler shopping handbag, beli kasut 3,4 pasang sebulan tapi akhirnya yang sepasang tu gak sarung setiap hari.

Bila jadik mak, lagi kritikal. Ada je baju baru anak setiap minggu. Sampai takde tempat dah nak simpan. Dah tau takde tempat nak simpan, tetap jugak tambah koleksi. Yang lama sayang nak buang, simpanlah dalam kotak. Stor dari lapang, jadik sendat. Tu belum lagi memenuhkan kabinet dapur pulak. Hahaha, masuk umur 30, mulalah beli pinggan mangkuk lak. Dulu konon, pelik apalah yang mak aku kenan sangat ngan set tupperware, pinggan corelle, periuk vision segala tu. Hah kau, sekarang merasalah sendiri yang terliur-liur tengok set pinggan corelle tu. 

Ada fasa dia kot. Tak pun, jangan nak pelik sangat tengok makcik-makcik ralit belek katalog pinggan. Nanti kena tulah, jadik macam aku.

Tapi corelle tu mahal sangat lah. Macam belum mampu lagi nak beli dinner set dia. Dapat yang 16pcs set pun rasa dah beruntung. Dapat, terus guna. Tak kuasa nak simpan dalam kotak. Beli mahal-mahal tak kan nak buat hiasan kan. Rugi. Tapi pinggan makan dia ada 4 bijik je. Tak cukup. Setakat aku anak beranak cukuplah. Tapi kalau ada family datang, kenalah campur dengan set pinggan murahan. Rasa macam tak best lah pulak. Tu yang usha-usha katalong Menang Glassware.

Harga dia memang mampu miliklah buat golongan marhaen macam aku. 38pcs dinnerset dalam RM400++ 

Set yang menjadi idaman.

Dah tempah, dan dah dapat pun. Cuma belum ada depan mata sebab laki aku tak bawak balik lagi. Dia peram kat kedai dia. Takpelah, bukan nak guna lagi pun. Aku beli pun tujuan nak guna time raya nanti. Kalau nak jemput kawan-kawan atau sedara mara datang umah, aku dah ada full dinner dan tea set. Letak atas meja siap-siap, pepandailah self service. Hahaha..advance ko memikir. 

Banyak lagi yang aku berkenan sebenarnya. Tapi cuba kawal diri. Walaupun agen Menang Glassware tu kata 'takpe dayu, pilih je lah.. kita bagi special price, leh bayar installment' Tapi aku ni mana reti menyabar, kalau boleh nak ada depan mata segera. So baik aku simpan duit siap-siap, ada duit beli terus.

nak casserole set ni. sebijik RM 39. Kalau 4 biji. RM160. Hmmm...kena jalankan operasi mengoda suami ni. Dapat peruntukan 50% pun dah bleh buat aku melonjak ni. tapi mesti dia tak approve dengan alasan 'mana nak simpan yang weh? guna je yang ada

Anyway, kalau korang nak mencuci mata dan menambah koleksi harta benda dalam rumah, bolehlah belek katalog Menang Glassware online. Ni link dia:  Katalog Menang Glassware Dan kalau takde orang atau kawan berdekatan yang merupakan agen Menang, yang boleh bagi korang harga baik punya. Tak bagi bayar installment, boleh contact agen ni. Boleh jugak COD area Shah Alam, Puchong atau Equine.

Agen Menang Glassware:
Puan Farhana Aqilah 012-905 7309

Selamat mencuci mata dan membeli. Alah, tak rugi beli pinggan mangkuk ni. Bila ada pinggan best, semangat nak memasak pun mencurah-curah. Korang guna ayat ni bodek laki. Mana tau berjaya, kat laki aku tak berhasil.

1 comment:

  1. Salam dayu..bole tolg wahssap/sms saya di 0111 2525398.saya nk tanya psl entry cirit birit tu..penting, please..thanks-atikah

    ReplyDelete