Menanti dengan tanpa sabar. Bukan aku je yang tak sabar. Orang sekeliling pun macam excited. Macam tak boleh terima aku masih berlegar-legar membawa perut ke hulu hilir. Masing-masing 'Dayu, kenapa kau tak bersalin lagi ni?' Sabar..sabar.. hahaha, pandai aku nak suruh orang sabar, hakikatnya sendiri dah mengelupur tak sabar nak cuti. Dah malas nak keje. Dasar pemalas aku ni.
Pagi ni meeting. Semua macam 'cuti je lah dayu, tak larat benar dah aku tengok kau bawak perut' Prihatin sungguh orang sekeliling aku. Tapi nak buat macam mana, aku lagi berkobar-kobar nak sambung cuti selepas tempoh cuti free 3 bulan tu. Takpe..takpe, jangan risau. Aku masih berdaya. Masih mampu nak bawak badan yang berat ni. Insya Allah, jangan risau.
Ada jugak yang kata perut aku dah turun, dah ke bawah. Tak lama lagi dah. Rasa sakit pun ada gak menyapa sesekali. Tapi aku pun tak pasti tu rasa sakit apa sebenarnya. Entah. Sekarang ni fokus kat pergerakan baby je lah. Alhamdullilah, dia masih aktif, lagi-lagi malam hari. Tu sign yang paling aku yakin untuk ke hospital. Beg semua dah dalam kete. Kain batik je tak jumpa-jumpa lagi. Entah mana aku letak. Kena minta mak bawak kan ni.
Lagi 7 hari nak jadik mak beranak 2 dah aku. Tak sabar. Tapi dah bersedia ke Dayu?
*gigih edit gambar. niat di hati nak album siap sebelum deliver baby.
konfiden je gmbar ni bgtau baby kua 17/4 eh, ntah2 esok dah kot? kehkehh,,,
ReplyDeleteaku pon xsbr dah ni nk tgk versi laki ko lak cane kali ni..hehe