24 April 2014

Tanggal dah..

Macam happy semacam pulak aku bila petang tadi lepas mandikan adik baby, masa lap-lap badan dia tengok tali pusat dia dah tertanggal. Maknanya hari ke-6 lah tali pusat dia tertanggal. Cepat sikit berbanding Eisya. Eisya dulu lebih dari seminggu rasanya.

Adik masih belum memiliki nama secara rasmi. Kami dah pilih, cuma belum daftar je. Ekwan kesibukan yang amat. Dengan aku tertinggal sijil nikah kat opis, makin tertangguhlah proses pendaftaran nama adik. We will have another E.E in the house.

Esok nak kena bawak adik ke klinik kesihatan. Nak kena check jaundis dia. Harap-harap talk tinggi. Dah sehabis gigih aku kejut dia bangun every 1 hour bagi susu. Terkebil-kebil dia kena kacau tido pastu kena paksa menyusu. Take dik, demi kesihatan dan agar segera awak bam-bam..ibukan beli baju awak semua size besar gedabak. Nasib baik baju newborn kakak banyak lg yang molek, tak payah lah awak pakai baju besar gedebeh..

Nanti ibu suruh abah belikan selai dua baju newborn baru eh untuk awak..

Budak umur 7 hari yang sangat baik. Tak menyusahkan ibu. Love you darling baby!!

5 comments:

  1. Alhamdulillah....budak baik ye....bestnye....

    Auni masa pantang dulu kuat nangis...(eh even hingga kini pun hahahaha)

    ENjoy confinement hehehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah dayu! Slmt berpantang. Comel baby :-)

    ReplyDelete
  3. tahniah dayu....comel sangat bby u

    jualbajukurungmurah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..good gurl..comell..

    ReplyDelete