14 April 2014

Sempat lagi bawak Eisya ke Kg. Kemenshah.

Masa makin berkurang. Lagi 4 hari. Minggu ni berkemungkinan besar menjadi weekend terakhir untuk aku ke mana-mana, minggu terakhir untuk makan puas-puas sebelum bermula fasa berpantang segala benda. Tapi bab makan tu tak leh nak puaskan sangat lah keinginan tekak sebab aku tetap kena control gula intake kan. Masih banyak yang termakbul. Takpelah, aku tabah dan redhakan diri tunggu lepas pantang. Tapi esok aku tetap nak carik durian crepe. Tak kira.

Sabtu lepas family in laws semua berkumpul kat Kg Kemenshah. Kakak dan adik ipar amik chalet kat chalet Warisan Hati Rimba. Saja bawak mak berjalan lepas seminggu duduk kat KL ni. Dari Jumaat petang derang dah ada kat sana. Kitaorang join hari Sabtu lah. Macam tak larat nak redah jammed Jumaat ke Kemenshah tu. Lagipun, badan aku kan sekarang super mengada-ngada. Tidur atas tilam empuk pun, bangun pagi sakit-sakit pinggang segala. Inikan pulak nak tidur kat chalet beralas toto semata. Tak bangun aku kang nanti.

Pagi Sabtu tu *tak pagi sangat lah* baru kami bergerak ke Kemenshah. Hajat hati nak gorengkan mihun tapi sebab takde air kat rumah, tapau je lah nasi lemak ngan kuih kat entrance Zoo Negara tu. Bila sampai, anak-anak sedara semua tengah seronok berendam dalam kolam. Eisya apa lagi, haruslah mengelupur tak menyabar nak join sama. Abah nak makan nasi lemak pun tak sempat. Biasalah budak tu, mana boleh nampak kolam. Lagi-lagi bila dia tengok sepupu-sepupu tengah seronok kat dalam tu. Terus bukak selipar. Makan pun tak menyempat.

abah stand by tepi kolam. 

budak tu dah pandai bawak diri dalam kolam. seronok bukan main dia boleh bergerak bebas dalam kolam dengan pelampung.

Bila tengok dia boleh main sendiri bila pakai pelampung, terus Ekwan kuar kolam makan nasi lemak tu. Lagipun ada Maksu, MakNgah, dia dalam kolam. Sepupu dia yang besar-besar pun boleh tolong tengokkan. Aku memang tak turun lah. 


gembira bukan main. kalau tengok video, terjerit-jerit dia. yelah, kitaorg pun dah lama tak bawak dia keluar berjalan kan. tu yang sesekali dpt keluar, main air pulak tu.. dia punya gembira..memang over.

Eisya memang betul-betul gembira main air pagi tu. Seronok sebab ada ramai kawan bermain kan. Selalu kalau gi kolam, main berdua ngan abah je. Ni sepupu ramai melayan, seronoklah dia. Nasib baik senang nak ajak keluar kolam. Tu pun sebab dia dah kelaparan, keluar kolam je minta makan. Suap nasi lemak, bukan main laju makan. Eisya..eisya, main sampai lupa makan. Makan pun gelojoh je sebab tak sabar nak sambung main kejar-kejar lak ngan sepupu.

Dan petang tu, redha je lah aku bila dia nak ikut sepupu dia balik. Beriya tak nak masuk kereta. Aku malas nak susahkan orang jaga dia. Risau orang tak terlayan dia nak kencing, makan semua..dah lah dia tengah mengantuk time balik tu. Tapi dah dia beriya, bagi je lah. Ekwan dah letak dia dalam kete akak ipar, jangan harap dia nak keluar.

Merasalah kejap anak takde kat rumah. Rasa senyap je.

No comments:

Post a Comment